Feeds:
Posts
Comments

FAKULTI TEATER AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Falkuti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah melahirkan sebuah kumpulan teater kanak-kanak yang ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar tahun 2 semester 1/2007 seramai 23 orang pelakon dan tenaga produksi serta 6 orang pemuzik. Kumpulan ini dibimbing oleh tenaga pengajar iaitu Encik Zaifri Husin yang merupakan pensyarah Produksi Teater Kanak-Kanak. Kumpulan teater ini pernah dijemput untuk pementasan teater di Taman Budaya Perlis dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
Fakulti Teater
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
464 Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

Telefon : 03–2691 1777

~~~~~~~~~~

THE JUMPING JELLYBEANS

Shanthini Venugopal and Cinzia Ciaramicoli first got together when they found that they shared a similar idea i.e. bringing theatre to less fortunate children after visiting the oncology pediatric ward at the University Hospital in the year 2000.

The project “A play for a smile” was born with the aim of bringing cheer into the lives of young patients who were undergoing chemotherapy. “Colours of the Sky” was the first children’s’ theatre production that they created. Puppetry was used in the performance with a story loosely based on the French book entitled “Le Petit Prince” written by Antoine De Saint-Exupery. This play was performed for two years in several homes, schools and for the public at the Actors Studio Box Theatre. It was used as a tool to raise funds for children diagnosed with cancer and who could not afford the initial treatment.

In order to make our performances accessible to all children, shows are bilingual (Bahasa Malaysia and English) when required.

Shanthini and Cinzia formalised the Theatre Company under the name of “The Jumping JellyBeans” in July 2nd 2003. Registered as “The Jumping JellyBeans Sdn Bhd” in June 2004.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
18-01 Sri Impian Kondominium,
38 Jalan Angsent Brickfilds,
50470 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon: 012-236 0194
E-mail:thejumpingjellybeans@yahoo.com

~~~~~~~~~~

DO DO CHILDREN’S THEATRE

Do Do Children’s Theatre ditubuhkan pada 1 Januari 2001 oleh Kee Chung Phear (Happy Kee). Ia bertujuan untuk menampilkan teater kanak-kanak sebagai media hiburan kepada kanak-kanak. Kumpulan ini juga turut mengadakan kelas teater, bengkel dan seminar untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Mereka juga sering mengadakan persembahan teater kanak-kanak yang dilakonkan oleh golongan dewasa untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak. Kumpulan ini bukan sahaja aktif di pentas-pentas, mereka juga pernah dijemput membuat persembahan di RTM 2 dalam rancangan Do Do and The Happy Chopsticks Family. Kumpulan ini juga pernah dijemput untuk mengadili rancangan di NTV 7 iaitu Chidren’s Creative Quest, mengadili rancangan di Astro iaitu Children’s Talent Show dan sebagainya.

Kumpulan boleh dihubungi melalui:
Do Do Children’s Theatre
A 3A-02, Block A, Glenview Vila,
Taman Pinggiran Cheras,
Jalan 49 Off Jalan Kuari,
56100 Kuala Lumpur.

Telefon: 012-396 1683
E-mail: dodohappydo@yahoo.com

~~~~~~~~~~

SJK (T) BUKIT DARAH SUNGAI BULOH, SELANGOR

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Darah Sungai Buloh telah menubuhkan sebuah kumpulan teater yang menampilkan pelakon-pelakon daripada golongan pelajar sekolah rendah berbangsa India. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kumpulan ini dibimbing oleh Encik Nazrul Azuan bin Saad. Sekolah ini telah menjadi johan pertandingan Teater Bahasa Malaysia di antara sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan.

Kumpulan boleh dihubungi melalui:
SJK (T) Bukit Darah Sg Buloh
SELANGOR.

No. Tel : 019 – 649 6962

TEATER TANAH AIR, INDONESIA

Kumpulan ini ditubuhkan pada 1988 oleh Jose Rizal Manua. Beliau telah bergiat aktif sebagai penasihat dan pengarahan teater. Kumpulan ini juga telah bergiat aktif dalam festival teater di dalam dan luar negara dan dianggotai oleh seramai 150 orang. Kumpulan ini pernah merahi beberapa anugerah di Festival Teater Kanak-Kanak Asia Pasifik di Tayoma, Japan pada 2004 dan Festival Teater Kanak-Kanak Dunia ke-9 di Lingen, Germany pada 2006. Pada Julai 2008 yang lalu, kumpulan ini juga telah terpilih untuk mewakili Indonesia ke Festival Kanak-Kanak Dunia ke – 10 di Moscow, Russia.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
Galeri Buku Deklamasi
Kompleks Taman Ismail Marzuki,
Jln Cikini Raya No. 73, Jakarta 10330, Indonesia
No. Tel (P) : +6221 421 2864 atau +62811 833 161
No. Tel (R) : +6221 315 3092 atau +62811 833 161
E-mail: nunum@teatertanahair.org
jrm@teatertanahair.org

~~~~~~~~~~

AEEN THEATRE GROUP, IRAN

Aeen Theatre Group is one of the famous theatre groups in Iran, established in 1987. There are 20 main members in this group. The group is managed by Mr Hossein Parsayi. Mystical concepts considerations, the old literature of Iran and the world and theatre adaptation from them, using traditions and Iranian culture and theatre conditions creation in the region of children and adult theatre have been the largest concepts being used to create theatre works. Until now more than 50 plays have been performed by Aeen group. It has participated in some international festival in recent years.The theatre “One Daughter, One Soldier” is the selected play in 13th children theatre festival in Iran. And by now, it has been performed 50 times in some other towns of Iran. The theatre is directed by Mr Ahmad Soleimani. It is his 6th theatre direction experience. He has directed some children theatre such as “The Strang Night”, “Where Are You Hasanak?”, “The Ring Of The Memories Of The Narges”, “Mamal In The Feace Of The Demon”. The director has also participated in Turkish Etos theatre festival in 2003, with the children theatre ‘ Where Are You Hasanak?

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
No.97- 20 Metri Pasdar,
St.12 Metri Zareie,
St. 20 Metri Shahid Beheshti,
St. Qom. 3719976943, IRAN.
No. Tel: 0098-9125513195
E-mail: aeen_iran@yahoo.com

~~~~~~~~~~

MAWAN SOFWAN, JERMAN

Wawan Sofwan, dilahir pada 17 Oktober 1965 di Panjalu, Indonesia. Beliau merupakan lulusan Pendidikan Kimia IKIP Bandung pada tahun 1991. Walaupun berkelulusan di dalam bidang Pendidikan Kimia, namun bakat seni dan minat yang ada mengizikan beliau menceburi bidang seni teater pada tahuan 1985 di TMIB. Beliau pernah mengikuti pementasan A.L. King Lear, Midsummernight’s Dream Julius Caesar, Don Carlos (Hv. Kleist), The Great Wall (Max Frisch), The Caucasian Chalk Circle (Bertolt Brecht), Art (Yasmina Reza), Karina Adinda (Victor Ido) dan The Sea Gull (Anton Chekov). Pada tahun 1991, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan, antara sentuhan kreatif beliau adalah Art Disco Pigs (Enda Wals), Faust (Johann W.V. Goethe) dan God is a DJ (Falk Richter). Ketika di Melbourne, Australia, beliau telah menubuhkan sebuah kumpulan Mainteater-Bandung-Melbourne dan telah mementaskan naskah berjudul The Botamless Well dalam bahasa Inggeris dan Indonesia, Happy…1000,1000… Bahagia dalam bahasa Inggeris, Indonesia dan Auslan. Kumpulan ini telah mendapat penghargaan “The Melbourne Fringe Theater Award-Innovation of Form” dan “The GreeeRoom Award.”

Beliau boleh dihubungi melalui :
Jl. Pasir Kencana I/C-14
Margacinta-Bandung 40287
No. Tel: 062-22-7560221
E-mail: wasf65@yahoo.com

KELAB KESENIAN CEMERLANG JKKN NEGERI PAHANG

Kumpulan Kelab Kesenian Cemerlang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang telah ditubuhkan sejak awal tahun 2008. Kumpulan ini dianggotai seramai 30 orang kanak-kanak yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Kuantan dan Pekan. Kumpulan ini juga pernah terlibat dengan beberapa Program Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang
Taman Budaya Negeri, Lot 57100,
Jalan Teluk Sisek,
25000 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-517 8466

~~~~~~~~~~

KELAB KESENIAN CEMERLANG JKKN NEGERI JOHOR

Kelab Kesenian Cemerlang JKKN Negeri Johor telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008. Menggabungkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Melati Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru. Keahliannya seramai 26 orang iaitu 13 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Mereka berumur antara 10 – 12 tahun.

Kedua-dua kumpulan ini telah menunjukkan prestasi dan kerjasama yang baik sepanjang penglibatannya di bawah program Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor.

Kumpulan ini telah mengadakan banyak persembahan penglibatan dalam KTB serta sering mendapat jemputan daripada pihak luar dan dalam negeri. Kumpulan ini diasuh oleh Artis Budaya JKKN Negeri Johor iaitu Cik Azniza Mohd Zin dan Encik Azhar Shagar yang merupakan Artis Budaya Kelab Kesenian Johor.

Kumpulan boleh dihubungi melalui:
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor
Ruang 5 & 6, Tingkat 13, Peti surat 223, Komtar,
Jalan Wong ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 07-223 8270

~~~~~~~~~~

KELAB KESENIAN CEMERLANG JKKN NEGERI SABAH

Kumpulan Kelab Kesenian Cemerlang JKKN Negeri Sabah telah ditubuhkan pada awal tahun 2008. Kumpulan ini dianggotai seramai 25 orang kanak-kanak yang melibatkan murid-murid dari 5 buah sekolah rendah di seluruh negeri Sabah. Kumpulan ini pernah diundang untuk mengadakan persembahan di Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Murid-murid ini dibimbing oleh Encik Kamalluddin Daud dan Puan Atiqah @ Nancy Abdullah.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah
Tingkat 2, Wisma Bank Simpanan Nasional,
Jalan Kemajuan Karamunsing,
88800 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-237 052

KELAB KESENIAN CEMERLANG JKKN PULAU PINANG

Kumpulan Kelab Kesenian Cemerlang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan sejak awal tahun 2008. Kumpulan ini dianggotai seramai 30 orang kanak-kanak yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Kuantan dan Pekan. Kumpulan ini juga pernah terlibat dengan beberapa Program Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Kumpulan Kelab Kesenian Cemerlang JKKN Pulau Pinang boleh dihubungi melalui :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni, Lot 2180,
Lintang P.Ramlee Off Jalan P.Ramlee,
10460 Pulau Pinang.

Telefon: 04-281 7792

~~~~~~~~~~

KELAB KESENIAN CEMERLANG JKKN NEGERI SEMBILAN

Kumpulan Anak Seni Gemilang terdiri daripada 12 orang ahli daripada murid-murid tahun 3 hingga 6. Penyelaras kumpulan ini ialah GPK Ko-Kurikulum Puan Limah binti Sutan dan dibantu oleh Puan Siti Khadijah bt Yusoff. Latihan dijalankan setiap minggu bersama jurulatih yang didatangkan khas daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan. Kumpulan ini sering diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Felda dan Felcra, majlis-majlis perkahwinan di dalam dan luar negeri. Anugerah yang pernah diterima oleh kumpulan ini ialah Johan Pertandingan Muzik Tradisional Caklempong sekolah-sekolah menengah dan rendah pada tahun 2007 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan johan Festival Muzik dan Kesenian Peringkat Sekolah Rendah Negeri Sembilan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
Taman Budaya Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Telefon: 06-763 6308

Kumpulan Terlibat

Kelab Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Kelab Tunas Budaya adalah di bawah naungan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Ditubuhkan pada Oktober 2006, bertujuan untuk mencungkil serta mengasah bakat-bakat cilik yang berusia di antara 6 hingga 12 tahun. Pernah mementaskan Teater Muzikal Ali Baba pada tahun 2006 di Istana Budaya dengan penglibatan seramai 80 orang pelakon kanak-kanak, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada tahun 2007, seramai 8 orang kanak-kanak telah menyertai 8th International Children’s Festival For Performing Arts 2008 di New Delhi, India. Di sana mereka menerima pengiktirafan Persembahan Terbaik dalam pementasan Muzikal Ali Baba.

Kumpulan boleh dihubungi melalui :

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Tingkat 21 – 34, Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2052 3600